Tuesday, November 16, 2010

Singgah di Simpang Mengayau - Tip of Borneo



Simpang Mengayau - atau dikenali juga sebagai Tip of Borneo kononnya tempat Lanun Betapuk.
Orang Puteh bilang Lanunlah - tapi ada juga yang berpendapat, bukan lanun tetapi kumpulan menentang Penjajah.

Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu setelah selesai menghadiri Sambutan Hari Wanita di Kudat pada 13 November 2010, kami anak beranak dan tiga orang cucu singgah di Simpang Mengaayau.

SAMBUTAN HARI WANITA 2010







Hari Wanita disambut pada 13 November pada tahun ini (2010) di Kudat. Aku turut serta sebagai Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).

Awal pagi 11 November aku bersama-sama kakitangan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) bertolak dari Wisma Wanita menuju ke Kudat dengan menaiki bas (coach), setelah singgah di 'Giant Supermarket, Likas, untuk membeli sedikit makanan dan minuman. Perjalanan ke Kudat berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kesesakan jalan raya disekitar Inanam. Kami singgah dipertengahan jalan untuk pergi ke bilik air yang tersedia ditepi jalan dan juga bila tiba dipersimpangan Langkon, beberapa orang kawan-kawan satu bas turun untuk membeli kacang panggang Kudat yang terkenal itu. Wah duh mahal sudah pulak harganya - satu kampit besar RM10.00. Kampit kecil RM5.00.

Kami tiba di Marina Golf & Resort Kudat tempat kami menginap sehingga selesai Majlis Sambutan Hari Wanita pada 13 November 2010 sekitar jam 1.00 Petang. DD Faiz, Faiz, Wawa, Angah n Anna menyusul pada malam keesokan harinya. Lihatlah keseronokan mereka mandi manda di kolam Marina Resort.

Monday, September 27, 2010

HARI RAYA IDILFITRI 2010 @ KOTA KINABALU


My SoN LEoN n fAMilY

mY DaUGhTER - lELAnia N FaMilY

mY FaMILy (uik si Faiz nda temasuk pulak dia tukang gambar)

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

'Tanggal 31 bulan Ogos 57, - Hari Merdeka" - Hari ini semua orang masih tidur lagi walaupun hari sudah meninggi. Almaklum Posa -letihlah kaaaaan?. He he he aku macam biasa nda buli tidur hingga lewat. Rasa macam kerugian masa terbuang dengan tidur. Lainlah kalau sakit atau letih sangat.

Anakku Faiz happy sangat sebab semalam sudah beli kasut idamannya - jenama 'Converse'. Peruntukan tahun ni untuk Raya Rm500.00 je. Ikut kadar bonus yang baru diumumkan oleh PM. Tapi entah cukup kah ni - terpaksa jimat-jimat. Mana bil-bil belum berbayar, ansuran kereta dan insuran serta road tax yang tamat tempoh betul-betul pada 10 Sept bertepatan dengan Hari Raya.
Lain lagi barang-barang makanan pun sudah mahal. Macam nda Merdeka je ni tau. Mana boleh Merdeka kalo masih banyak yang terhutang. Merdeka kah?

Sunday, August 29, 2010

BUKA PUASA DI WATERFRONT

Hari ni aku sekeluarga dengan kelurga anak perempuanku bersungkai di Restoran Aiesah di Water Front. Setelah kereta di park ditempat letak kereta yang tersedia, kami menuju ke arah restoran. Tiba di hadapan tugu yang tersergam dihadapan aku terpaku melihat goresan yang dibuat didalam bulatan yang berbunyi "Lubuk Puaka".

Hai tempat ini "Lubuk Puaka?" he he he ini hasil tangan budak-budak nakal. Mungkin kah ada kebenarannya. Kelihatannya tempat ini sungguh cantek dengan pemandangan pulau-pulau di kejauhan. Kelihatan juga Marina Golf and Country Resort dengan landskapnya yang menarik.

Kami lalu ditepi 'reclining couches' dimana beberapa orang Mat Salleh sedang bersantai sambil menikmati 'Foot Scrub'. Berhampiran mereka terdapat 'champane' sedang disejukkan didalam 'bucket'. Orang ramai sudah bersedia duduk di meja-meja yang tersedia sambil menunggu 'Azan Magrib' tanda tiba masa berbuka puasa.

Cucu-cucuku seronok melihat beberapa ekor ketam sedang merangkak diatas batu-batu berhampiran tempat duduk kami. Suasana tempat ini memang menyenangkan - malangnya bau busuk yang terhasil apabila air mula surut sedikit mencacatkan ketenangan yang wujud. Sayang sekali.

Sunday, July 18, 2010

PERASMIAN WISMA WANITA


GERAI PPS

TUNGGU PELANGGAN ? HE HE HE

PERASMIAN Wisma Wanita telah disempurnakan oleh YBhg Datin Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Orang ramai telah awal-awal lagi berpusu-pusu datang ke Wisma Wanita termasuk rombongan PPS seramai 60 orang tidak termasuk ahli2 dari Cawangan Beaufort.

Oleh kerana rombongan kami datang awal maka kami telah dapat tempat duduk didepan. Tapi malangnya banyak pula orang ramai yang tiada tempat duduk terutama yang datang lewat. Apa lagi kerusi2 ditembah ditepi barisan kerusi2 sedia ada - itu pun ok juga yang nda berapa professional adakah pula kerusi2 ditembah dihadapan barisan kerusi para jemputan.

Lain lagi yang merungut kerana tiada mendapat 'goodie bags' yang konon akan diletak dikerusi. Entah2 'goodie bags' tu sudah diambil oleh yang bukan sepatutnya. Ada juga konon orang menghulur makanan melalui tingkap. Makanan itu sepatutnya diberikan kepada para tetamu yang hadir (ahli2 NGOs). Memanglah aku ada kupon khas sebagai ahli MPWS tetapi kesian aku ahli2 persatuan kami yang kena halau kerana menuntut makanan yang sepatutnya diberikan kepada mereka, maka aku pun tidak jadi pigi makan di tempat makan khas itu. Terus aku pigi membeli makanan digerai menjual makanan bersama-sama ahli2 lain. Teruk juga kah keadaan rakyat kita sehingga sanggup berebut-rebut untuk mendapatkan makanan percuma? Aduh sedih betul aku mendengar keadaan ini, nda salah2 macam kebuluran sudah, bikin malu betul.

Tuesday, June 22, 2010

KOR-KAWAN

PELANCARAN KO-KAWAN


Daging dendeng berlado (Masakan Padang)


Petang meeting Ko-KAWAN. Tempat meeting Food Court, Wawasan Plaza. Member baru dan member lama ada di Ko-KAWAN. Bestlah diaurang ni bersemangat dan berinovasi.

Ahad lepas baru dilancar. Aku suka, semua rajin dan komited. Harap-harap akan berterusan begitu. Banyak rancangan mau dibuat.

27 Jun 2010 - Pasaria
28 Jun 2010 - Buka gerai di Wisma MUIS (Majlis Tilawah Kebangsaan)
July - Lawatan ke Mardi dan FAMA, PELADANG dan Pusat Giat MARA
July - August - Kor Fest di Diasoka

Next meeting di KFC - he he he

Thursday, June 17, 2010

KOPERASI USAHAWAN BARU KOTA KINABALU (KAWAN)

Salam - Hari ni Faiz tambah darah di hospital Likas. Dia beberapa hari kebelakangan ni kurang sihat, demam dan batuk-batuk.

Aku pagi lagi pigi bangunan MAA jumpa KAWAN. Jam 10.30 pagi ada kunjungan hormat pada YB Datuk Hjh. Zainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid bersama Ahli Lembaga Pengarah KAWAN. Harapan kami agar usaha kami mendatangkan keuntungan InsyAllah.

Lepas tu jumpa pegawai Suruhanjaya Koperasi membincangkan keperluan Mesyuarat Agung dan seterusnya pendaftaran koperasi. Selesai urusan di Maktab Kerjasama Malaysia, singgah di kedai Ose, minum-minum kopi, cerita fasal bola - world cup di Afrika. He he he banyak kecewa Spain kalah kepada Swizerland, pembuat coklet bilang si faye. Hujan pula habis basah kain jemuran.

Sunday, June 13, 2010

KENDURI

Salam - semalam (12 Jun 2010) kami kenduri kesyukuran Heidi selamat di khatan. Nda juga ramai jemputan hanya saudara mara saja. Kebetulan pula 12 Jun ni hari lahir Riney n DD Faiz. Aku tunggu-tunggu juga c Faye, Nun n Milah serta Dwen datang sebab mereka ni baru sampai di KKIA jam 7.00 pm semalam, selepas mengerjakan umrah di Madinah n Makkah. Tapi nampaknya mereka terus balik kerumah masing-masing. Penat kali. Alhamdulillah syukur kerana mereka telah selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Kami perempuan-perempuan makan di tingkat bawah, maklum rumah dua tingkat ruang tamu agak sempit. Tengah kami bersiap hendak makan, turun c Mat Sah n D. c Minah bilang, "Ai kenapa pula lelaki di atas lah". Kami pun ikut menyampuk, "ia lelaki di atas, perempuan di bawah'.

Terus dua-dua naik atas, nda lama tu Mat Sah turun ikut kami makan. Lepas makan aku naik keatas ambil air bandung - susah bah turun naik ni - aku tengok di atas nda ada pula D "aik dimana D?" dia aku tanya.

Diaurang jawab "di bawah" . Kehairanan pulak aku, mengkali dia di tandas - sebab ndak juga aku nampak dia di bawah.

Aku tanya kak Lily, 'mana D?", kak Lily bilang tu di luar - baru kita mau menyuap sudah dia membawa pulang.

'Kenapa dia kelangkabut betul?" aku bilang. MM Jila bilang dia mau tengok bola. "Di atas diurang tengok bola tu, aku bilang.

Aku ni nda perasan, bila aku fikir-fikir - jangan2 dia ambil hati tadi tu kami cakap lelaki makan di atas. Alamak sorilah rupanya kami main ni telebih sudah. Kami rasa macam nda ada apa2 tapi rupanya urang lain nda fikir macam kami - sensetif.

Friday, June 11, 2010

Kebakaran di Sinsuran


Sejak kemarin dulu lagi si Faiz ikut pulang kerumah kakaknya di Kingfisher. Mulanya kami tu konon mau tengok wayang 3D Shrek 3 di Suria Sabah, tapi malang sudah kehabisan tiket bah. Dengan susah payah kami bergegas ke Suria Sabah petang tu, dalam kesesakan jalan raya yang amat teruk sekali, tau-tau tiket habislah pula. Keciwa si Faiz nda dapat tengok wayang 3D. Wawa, Angah dan Anna pun sama juga keciwa, aku rasalah walaupun diaurang nda chakap.

Akhirnya kami makan di Kg Baru Nasi Lemak di Suria Sabah.
Oklah nasik lemaknya tapi aku nda berapa suka sambalnya, yang rasanya sedikit terlebih manis.

Waktu kami tengah dalam kesesakan jalan raya - aku perasan pula diluar cermin kereta kelihatan seperti berkabus. Si Faiz pun perasan, 'kenapa diluar tu macam bekabus mi' dia bilang.

Bila sampai dekat Esso sebelah Centre Point, sudah kelihatan asap tebal dari atas kedai di Sinsuran. Rupanya ada kebakaran. 'Ini pula yang bikin jem tu' aku bilang sama dady si Faiz.

'Entah budu bah urang2 ni, bikin jem saja menengok kebakaran pulak' sahut dady si Faiz

'Bikin susah bomba saja memblok urang kerja saja, penyebok' aku bilang, marah sebab traffic jam.

Monday, May 31, 2010

Orang Susah

Perempuan betitik dalam Majlis Kahwin di Kota Belud

Pagi tadi (Ahad 30 Mei 2020) aku pigi Kudat untuk menghadiri majlis kahwin anak saudaraku di Rest House Kudat. Cantek Rest House Kudat ni, tapi sayang agak terbiar. Rumput dilaman panjang dan tandasnya rosak dan kotor. Tempat ini jika diselenggara dan diurus dengan baik sudah tentu boleh dijadikan tempat penginapan yang selesa.

Selepas upacara memotong kek, aku bersama suami pergi ke Kota Marudu untuk mencari sayur-sayuran kampung. Sayangnya tamu sudah pun berakhir. Yang menyedihkan tempat kawasan 'Tamu" ni kotor, sampah dan plastik berserakan ditambah dengan lopak-lopak air yang menjijikkan. Sedih aku melihat keadaan disitu.

Di padang sedang berlangsung perlawanan bola sepak. Menurut adekku yang menetap di Pekan ini, itu adalah acara 'Juara Rakyat'. Kenapa tidak adakan gotong royong membersihkan kawasan Pekan, sebagai salah satu acara 'Juara Rakyat?'

Dalam perjalanan pulang kami singgah di R&R dekat Langkon. Sayang tempat ini pun terbiar dan tidak berpenghuni. Alangkah ruginya wang yang banyak dibelanjakan untuk menyediakan tempat ini tetapi ternyata tidak memberi faedah kepada penduduk setempat. Inilah yang terjadi jika kita memberikan apa yang kita fikir diperlukan dan bukannya bertanyakan penduduk/rakyat dan memberikan apa yang mereka mahukan.

Wednesday, May 26, 2010

KOPERASI USAHAWAN 1 MALAYSIA {KAWAN}




Usaha tangga kejayaan - Mesyuarat KAWAN yang ke-2 (AJK PENAJA) berlangsung pada 20 Mei 2010. AGM yang pertama akan diadakan pada 20 Jun 2010 di Dewan MAA dan dijangka akan dirasmikan oleh YB Datuk Hjh. Zainab Ayid. Mesyuarat ke-3 dijadualkan pada 2 Jun 2010.

FAIZ DEMAM


Kemarin kami bawa Faiz ke Hospital Likas. Ini sudah jadi rutin bagi Faiz. Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan dia kena pergi berjumpa doktor untuk periksa HB dan mendapatkan bekalan ubat 'disferal'. Lepas dari Hospital Faiz singgah dirumah Mama Ila. Dia siap bawa reket badminton lagi sebab mau main badminton sama Fika. Sejak Piala Thomas dan Piala Uber ditayang di TV, si Faiz pun sudah kemaruk main badminton.

Petang tadi kawan-kawannya si Ah Siong dan si Derek, anak jiran kami memanggil-mangil Faiz di Pintu pagar rumah kami. Aku bilang ' Faiz tiada, dia jalan pigi rumah anti dia'. Kecewa mereka pun pulang. Setiap petang biasalah diaurang ni main badminton dilaman rumah.

Tadi pagi Faiz nda pigi sekolah. Bangun-bangun saja suaranya tersekat-sekat. Dia sakit, Tonsilitist nya berulang lagi. Daddynya bawa dia jumpa doktor. Sekarang ni Faiz tidur lepas makan ubat 'anti-biotik', kesian Faiz.

Sunday, May 9, 2010

Sambutan Hari Ibu di Kg. Kobuni, Inanam

SELAMAT HARI IBU - aKU dengan rombongan PPS pergi ke Kg. Kobuni Inanam untuk merayakan Hari Ibu bersama wanita2 Kg. Kobuni.

Acara Mjlis ialah acara memotong kek di ikuti oleh penyerahan Pakaian Terpakai dan Ceramah Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak2 dan Hak2 Wanita Dalam Undang2 oleh C/Inspector Kumarasan a/l Muniandy dari Pejabat Polis Karamunsing diikuti oleh demonstrasi Masakan oleh Kak Hjh Nora.

Ok jugalah, ketua kampung dan ketua JKK pun ada ikut sama - best juga jalan2 melihat2 kampung. Cantik tempat ni. Mereka mendapat bekalan air dari bukit menggunakan bambu dibelah dua. Best juga. Tempat ni nda jauh dari Kiansom Waterfall.

Sunday, April 25, 2010

Main Game

Waah si Faiz teriak-teriak pula dia sebab menang main game bola di TV sama daddynya. Kalau game apa lagi si Faiz hidup lah dia tu. He he he. Semalam bukan main lagi dia merungut. Panjang muncungnya sebab aku suruh dia pakai 'disferal'.

Malam ni asyik saja dia main - nda mau pula pakai 'disferal'. Faiz Faiz.

Thursday, April 22, 2010

Si Faiz - Minat Manchester United

Awal pula si Faiz bangun hari ni. Selalunya payah-payah aku kasi bangun untuk ke Sekolah. Pagi ni aku pula yang terlewat. Sedar-sedar aku tengok dia sudahpun siap mandi. Pakai baju sukan 'Manchester Unit' lagi. Peminat habis Manchester United bah dia ni. Lepas tu baru disarungkan uniform sekolahnya. He he he ada sukan lah tu. Gembira betul dia aku tengok.

Kesian bah si Faiz ni. Dia ni budak Thalasemia. Itulah kadang kala dia lemah. Kalau (HB), hemoglobinnya terlalu rendah, dia akan kelihatan pucat dan cepat penat. Kadangkala dia kurang selera makan dan termuntah-muntah. Sebab itulah kalau dia nda mau kesekolah, aku membiarkan saja dia rehat dan tidur dirumah. Kalau boleh biarlah hari-harinya yang ada sentiasa riang dan gembira.

Faiz, kalau balikdari sekolah nanti jangan lupa pakai 'disferal'.

Sunday, April 18, 2010

MEMBAZIR MASA

Kemarin malam - he he he weekends kadangkala aku lepak dikedai adekku di Asia City, KK. Adekku dan suaminya masing-masing membelek-belek surat khabar setibanya aku disana. Adekku berbisik padaku 'perompak tu sudah kena tangkap' katanya sambil menunjuk kepada laporan surat khabar ditangannya. Akhir-akhir ini banyak terjadi rompakan dan kecurian di rumah orang-orang kenamaan. Syukurlah penyamun-penyamun itu sudah tertangkap. Diharap keadaan akan kembali tenang semula dan orang awam boleh tidur lena dan selesa.

CERITA Tentang tidur - iparku menyatakan rasa risau terhadap anak-anak lelakinya yang suka bangun lewat. "Dulu, urang tua2 bilang susah jaga anak perempuan, senang lagi jaga 100 ekor kerbau dari satu anak perempuan" Katanya. Mereka ini tidak punya anak perempuan.

"Bukan ko saja ada masaalah begini" aku menjawab "Kawanku pun risau anaknya (lelaki) juga suka tidur lewat dan bangun lewat. Nampaknya gejala tidur lewat dan bangun lewat ini sudah menular dalam masyarakat kita.

'Ini semua gara-gara internet' sambungnya lagi. Iparku sedih nampaknya dia memikirkan masa depan anak-anaknya.

'Komputer, internet ini semua bagus' tambahnya lagi "kalau digunakan untuk perkara yang baik"

Aku pula menjawab; "Ya! ia dicipta untuk membantu dan memudahkan kita melaksanakan pekerjaan kita"

Sayang anak-anak muda zaman sekarang nampak seolah-olah hilang arah, suka membuang masa bersenang-senang. Alangkah ruginya masa yang paling 'produktif' (masa pagi ) dihabiskan dengan TIDUR?

Friday, April 2, 2010

SLEEPING TIME

Everybody is sleeping. It is 7.30 am and it is a holiday. Today is Good Friday. I am one who cannot sleep late. No matter whether it is a holiday or not, I will wake up not later than 6.00 am. On the other hand, I love to have an afternoon nap.

I wonder what do people feel when they are asleep? I usually dream when I sleep but as soon as I wake up all the dreams disappear and I vaguely remember what was it all about. I usually dream about people and places. Sometimes I wonder where the place is as I do not remember having visited such place. Could it be the pictures from my imagination? Or could it be pictures that I had seen on TV that reappears in my dreams with a little distortion?

Day dreaming? Have you ever met someone who seems lost and appears not to notice your presence? I use to think that one of my sisters is that incorrigible day dreamers. I thought she sees things with tinted vision and that she does not stand on firm ground. Perhaps I was wrong to have judged her. It must be me, who is the dreamer. Some philosopher says that once we stop dreaming, we stop living. So carry on dreaming.

Wednesday, March 31, 2010

RESTLESSNESS

As I sit here watching TV, I felt a certain kind of restlessness. I wanted a change of scene. Funny is it not? I thought once I reach the golden age, I would be more mellow. I am not as active physically but I like to think that my brain is still working fine he he he.

One thing I just cannot bear is when people start to grumble. More so if what is said is beyond my control and people start to place the burden on me making me responsible for them. Why?

I think it is time to make a move and venture into new pastures. There are many choices in life, I do not have to take this. What am I waiting for. Could it be fear of the unknown?

I just got a call from someone. I think I am going to join them for a new cause. Could be refreshing to move around with a new crowd. I believe they are more understanding and tolerant.

Saturday, March 27, 2010

Meeting meeting meeting

Kemarin aku meeting. Meeting, meeting, meeting. Meeting ni bukannya perkara baru padaku. Sejak aku mula melangkahkan kaki ke alam pekerjaan aku sudah didedahkan kepada meeting yang rasmi. Malahan aku adalah salah seorang pencacat verbatim semasa Persidangan Agung USNO yang pertama yang diadakan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu bersama beberapa orang rakan yang lain, semuanya kakitangan Kerajaan pada masa itu. Dahulu kami hanyalah menggunakan mesin taip 'manual' untuk menterjemah cacatan yang kami ambil menggunakan terengkas. Kami digilir-gilir untuk membuat cacatan dengan diketuai oleh seorang penyelaras. Kami diberikan masa 5 minit untuk mencacat proceeding mesyuarat dan digantikan pula oleh seorang pencacat lain yang juga akan diberikan masa 5 minit untuk membuat cacatan sementara aku menterjemahkan cacatanku dengan menaipnya di atas kertas 'foolscap'. Begitu juga kawan yang telah menggantikan tempatku tadi akan digantikan pula oleh pencacat lain yang juga diberikan masa 5 minit untuk mencacat proceeding. Sebaik saja hampir habis tempoh 5 minit yang diperuntukkan kepadanya seorang pencacat lain akan masuk pula untuk menggantikan tempatnya sementara dia pula akan membuat terjemahan cacatannya juga menggunakan mesin taip manual. Dulu2 tiada komputer atau mesin taip letrik. Semua cacatan akan diberikan kepada ketua penyelaras untuk semakan. Begitulah keadaannya bergilir-gilir.

Tetapi meeting kemarin berlainan pula keadaannya. Begitu santai. Sebelum mesyuarat dimulakan kami menjamu selera dahulu. Maklumlah ini mesyuarat 'Badan Sukarela'. Ahli-ahlinya pun buat kerja 'sukarela'. Lepas makan mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi. Seterusnya menerangkan tujuan mesyuarat diadakan. Lepas itu semua orang bercakap sesuka hati tanpa ada etika menunggu giliran sehinggakan kita sudah tidak tahu apa yang dicakapkan. Al-maklum semua orang bercakap serentak. Tiba masa membuat keputusan adalah yang tidak tahu apa keputusan yang diambil memandangkan tidak dapat mendengar apa yang dibincangkan. He he he inilah meeting yang biasa aku hadiri sejak-sejak aku sudah bersara dari jawatan Kerajaan dan bergiat aktif dalam 'Badan Sukarela'.


Friday, March 19, 2010

Hospital Queen

Kemarin hubbyku pulang2 dari hospital merungut. 'Adakah patut aku menunggu untuk di x-ray dari pukul 9.45 pagi, 12.30 thari baru tiba giliranku.' He he he biasalah dia tu nda sabar. Lapar bah dia tu.

Aku tanya:" kenapa?"
Jawabnya: 'rupa-rupanya ada satu saja mesin x-ray, begitulah ramai urang menunggu' "Mana sudah slogan rakyat di dahulukan?" bilangnya lagi. Berdesing telingaku. 'Aku mau kasi tau ni Shafie Apdal' katanya lagi

Aku jawab lagi: 'Aik dia tu kan Menteri Luar Bandar, kasi tau lah Datuk Rosnah, Timbalan Menteri Kesihatan?' ku bilang'. Aku pun ambil kesempatan memberi khutbah, yang nda patut bah kalau Kementerian lain ikut campur urusan Kementerian yang bukan urusannya. Tapi pandangannya lain pula. 'Diaurang kan wakil rakyat, kenapa nda buli kasi suarakan suara hati rakyat, bikin apa diaurang betengkar2 di palimen' bilangnya. Aku pun diam jelah nda mau kasi panjang2 ni perdebatan. Entahlah dimana silapnya.

Wednesday, March 10, 2010

I AM KEE

PENGENALAN

HAJI KEE ABDUL JALIL BIN KEE ABDULLAH

Haji Kee Abdul Jalil bin Kee Abdullah telah dilahirkan pada 23 Oktober 1919. Dia merupakan anak lelaki bongsu kepada Kee Kim Swee @ Abdullah bin Abdullah. Kee Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di Government Primary School Tawau pada 1hb Januari 1928-13hb Februari 1929 dan berpindah ke Roman Catholic Mission School Tawau pada 15hb Februari 1929 – 31hb Disember 1931. Bermula pada 2hb Januari 1932 hingga 31 Disember 1936, Kee Abdul Jalil melanjutkan pelajaran di Government Vernacular School Tawau.

Kee Abdul Jalil mula bekerja sebagai Guru Penolong di GPS (Government Primary School) Tawau pada 2hb Januari 1937 dan ditukarkan ke Sandakan pada 7hb Julai 1938. Dua (2) tahun kemudian beliau dilantik menjadi Guru Besar di GPS Tandek pada 18hb Julai 1940. Ketika di Tandek Kee Abdul Jalil telah bertemu dengan isteri beliau Ondiun @ Fatimah binti Unggut dan bernikah pada 18hb Jun 1946 di Tandek. Ondiun @ Fatimah dilahirkan pada 2hb November 1929 dan meninggal dunia pada 18hb September 1994.

Pada 16hb April 1952 Kee Abdul Jalil telah mengikuti kursus lanjutan perguruan di Kent College yang berpusat di Menggatal. Setelah tamat latihan beliau kembali semula bertugas sebagai Guru Besar di GPS Tandek pada 2hb Jun 1953.

Pada 27hb April 1959 Kee Abdul Jalil telah ditugaskan sebagai Guru Besar di GPS Kalagan dan kemudiannya di tukarkan ke Semporna sebagai Guru Besar GPS Semporna pada 5hb Jun 1960.

Beliau ditukarkan ke GPS Bandau pada 2hb Jan 1962 sebagai Guru Besar. Disamping itu beliau juga ditugaskan mengajar Bahasa Inggeris di GPS Tandek bermula pada 12hb Januari 1965. Ini bermakna beliau terpaksa memikul dua tugas di dua sekolah berasingan dalam satu masa.

Pada 21 Oktober 1966, Kee Abdul Jalil telah dihantar berkursus dalam MORDEN ENGLISH AND PRACTICAL ENGLISH, organized by Technical Education Division, Education Dept. of Western Australia di University of New South Wales, Sydney, Australia, hingga 15hb Februari 1967.

Setelah tamat latihan di Australia Kee Abdul Jalil kembali ditugaskan sebagai Guru Besar di SRK (Sekolah Rendah Kerajaan) Tandek sehingga beliau bersara pada 23hb Oktober 1974. Kee Abdul Jalil meninggal dunia pada 26hb Disember 1990.

Hasil perkongsian hidup dengan isterinya Ondiun @ Fatimah binti Unggut, seorang gadis Dusun Kimaragang @ Nunuk Ragang maka mereka dikurniakan 14 orang anak.

1. KEE NORLIA – Lahir pada 18hb Jun 1947. Hari Rabu Jam 6.00 pagi di Tandek. Tarikh tercatat dalam surat beranak 8hb Julai 1947.

2. KEE ISMAIL – Lahir pada 5hb Oktober 1948. Hari Selasa Jam 2.00 petang di Tandek. Nama yang dicatat oleh Kee Abdul Jalil ialah Mohd. Ismail.

3. KEE ZAINAL ABIDIN – Lahir pada 23 Mei 1951 bersamaan 17hb Syaaban, malam Rabu di Tandek.

4. KEE RAFEAH – Lahir pada 3hb Ogos 1954 bersamaan dengan 4hb Zulhijjah 1373H. Hari Selasa jam 2.00 petang di Tandek. Nama yang dicatit oleh Kee Abdul Jalil ialah Siti Rafi”ah.

5. KEE MOHAMMAD MAIDIN – Lahir pada 13hb April 1956 bersamaan dengan 2hb Ramadhan 1375H jam 2.00 pagi di Tandek.

6. KEE RUHAYA – Lahir pada 7hb Ogos 1958 bersamaan dengan 21 Muharram 1378H. Hari Khamis jam 1.00 tengah hari di Tandek.

7. KEE MOHD. NORDIN – Lahir pada 9hb Disember 1959. Suboh, Hari Rabu di Tandek. Tarikh tercatat dalam Surat Beranak 19hb Disember 1959.

8. KEE ROSHIDAH - Lahir pada 12hb September 1962 bersamaan dengan 13 Rabiul Akhir 1382H. Hari Rabu jam 12.00 tengahari di Bandau.

9. KEE DZULKIFLY – Lahir pada 21 Februari 1965 bersamaan dengan 19 Syawal 1384H. Hari Ahad jam 10.45 pagi di Tandek.

10. KEE SABTURIAH – Lahir pada 23hb Julai 1966 jam 5.18 petang. Hari Sabtu di Tandek. Meninggal dunia pada 27hb Jun 1968 hampir jam 11.00 pagi, Hari Khamis bersamaan 1hb Rabiul Akhir 1388H. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Tandek. Usianya 1 tahun 11 bulan 4 hari.

11. KEE ROSLEE - Lahir pada 18hb September 1968. Malam Hari Isnin jam 1.15 pagi di Tandek.

12. KEE SABARIAH – Lahir pada 23hb November 1969 bersamaan dengan 14hb Ramadhan 1389H jam 8.05 malam di Tandek.

13. KEE AIDA NURAINI – Lahir pada 6hb November 1972 bersamaan 29hb Ramadhan 1392H jam 12.30 malam Hari Isnin di Tandek.

14. KEE SALMIAH – Lahir pada 22hb Disember 1976 bersamaan 1hb Muharram 1397H jam 3.00 pagi malam Rabu di Tandek.

Contributed by Kee Roshidah Hj Kee Abdul Jalil



Wednesday, March 3, 2010

MELAWAT SAUDARA

28 Feb lalu aku melawat saudaraku dirumahnya di Kepayan (rumah mertua). Saudaraku ni baru 'discharge' dari Rafflesia Health Centre dan masih dalam 'observation' doktor. Nampaknya dia gembira sangat kami datang melawatnya.

Aku mau cerita ni bukan fasal melawat, tapi fasal jalan menuju kerumahnya tu. Adakah patut gerai didirikan boleh dikatakan diatas jalan raya. Mana sudah 'by-law' yang menghendaki ruang kosong yang harus diperuntukkan antara jalan dengan bangunan? Ialah walaupun itu boleh dikategorikan sebagai jalan kampung, tetapi adalah langsung tidak sesuai gerai tu didirikan disana. Aku maksudkan gerai yang berhampiran dengan Restauran Maimunah di Kepayan tu bah. Lain lagi yang jalan belopak-lopak, ndapala yang gravel tu.

Saturday, February 27, 2010

KURSUS USAHAWAN UMNO KKINABALU

Hari ni aku sama adekku Ros dan anakku baby attend kursus anjuran UMNO KK di Hyatt. Ramai bah urang ikut. Ini mungkin akibat kemelesetan ekonomi, jadi urang mau tambah pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat. Atau, mau makan 'free'. He he he.

Pagi-pagi perasmian, alamak gimik pelancarannya inda menjadi, multi-medianya kandas - he he he terpaksa pula dibuat ulangan. Kesian. Pesertanya pula 'sporting' bah. Mungkin kalau tempat lain sudah kena 'booo'.

Tengahari rehat makan, kira ok lah juga. Malangnya sessi petang, PA system pula meragam. Kami yang duduk dibelakang inda dapat dengar apa yang disampaikan oleh penceramah. Apa lagi diam2 main game sajalah. Paling hebat sessi soal-jawab pada MARA dan Tekun. BSN indada urang menaya, inda dengar bah ceramahnya, jadi apalah mau ditanya. Lagipun mahal betul pembiayaannya 15% keatas. Write off lah tu. Besok sambung lagi.

Wednesday, February 24, 2010

BENGKEL JAHITAN HIASAN MANIK

Semalam kami (AJK) mesyuarat. Malam2 mesyuarat ni sebab siang semua orang sebok, kecuali aku kali yang pencen ni. Acaranya


PROJEK I: LAWATAN KE JUNGKUNG (KUALA PENYU)
TARIKH: 6 MAC 2010 @ 7.30 am
PICK-UP POINT: BANGUNAN SERI PPS
TEL: 088272091 (Aida)

PROJEK II: BENGKEL JAHITAN HIASAN MANIK
TARIKH: 13 Mac 2010 (8.30 am - 5.00 pm)
TEMPAT: BANGUNAN SERI PPS
PERKUMPULAN PEREMPUAN SABAH (BARU)
Off Lorong SANZAC
Sembulan, Kota Kinabalu
YURAN: RM100.00
TEL: 013-8682030 (Maria) 016-8476367 (Anne) 088-272091 (Aida)

Mesyuarat, biasalah ada juga timbul cerita lain - misalnya kawanku ni akan membuka kiosk jeruk buah-buahannya di Tanjung Aru Plaza. Soft Opening hari Jumaat ni. Suka tengok wanita yang rajin berusaha. Aku konon mau promote lah MANGGA CHUKANAN dari Kee Heritage Farmville. Tapi bila ku telefon Faye Cyntah, dia bilang, mangganya belum ada buah yang sesuai untuk dijual, baru berbunga. Ndapala nanti bila sudah matang aku kasi jual ma kawanku tu, tapi ada komesin kan FC? Adek beradik pun adek beradiklah tapi niaga tetap niaga kan kan kan?

Tuesday, February 23, 2010

SUAMI ADA 'GIRLFRIEND'?

Kemarin kawanku mengadu fasal adek sepupunya. Katanya kakaknya sebok sudah menyuruhnya mengambil adek sepupunya dari rumah tempat sepupunya tinggal bersama-sama keluarga suaminya, kerana adek sepupunya tu balik-balik menelefonnya hendak pulang kerumah ibubapanya. Adek sepupunya itu hendak meminta 'cerai' daripada suaminya kerana ini sudah ketiga kali dia kedapatan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Kata kawanku lagi, dia tidak bersetuju untuk menjemput adek sepupunya dari rumahnya kerana tidak mahu dituduh ikut campur dalam masaalah rumahtangganya. Kawanku kata; "Aku bilang sama kakakku 'Kalau dia mahu pulang biar dia jalan sendiri'. Aku faham juga perasaan adek sepupuku itu tapi, 'itukan pilihan dia' tambah kawanku.

Itulah, 'dulu ada kerja berhenti, kerana ikut kehendak suami'. Sekarang apa jadi? katanya.

'Inilah budak-budak sekarang, masaalah sikit minta cerai,' katanya.

Aku pula tidak tahu apa hendak dikata dalam soal ini. Sememangnya wanita tidak rela berkongsi suami jika ada pilihan. Walaubagaimanapun, jika hidup sendirian menjadi pilihan aku fikir, wanita harus berani membuat keputusan sendiri dan sanggup bertanggungjawab keatas kelangsungan hidupnya sendiri. Itulah namanya bebas dan berdikari.

Monday, February 22, 2010

Makan Jeruk Buah di Bawah Pokok

Tengahari tadi aku ikut ambil Faiz dari Sekolah Maktab Sabah. Kami sampai jam 1.00 petang, Faiz belum keluar kelas lagi. Nasib baik ada 'parking'. Tempat ni sesak, susah dapat 'parking.' Mungkin orang (kakitangan kerajaan) sudah keluar makan atau ambil anak dari sekolah? Berhampiran Maktab Sabah ini ialah Pejabat Persekutuan dan Pejabat Pelajaran Pantai Barat.

Sambil menunggu kami membeli jeruk buah-buahan yang dijual oleh 'nyonya' dibawah pokok diluar pagar sekolah. Sambil duduk-duduk makan buah kedondong, datang beberapa orang berpakaian seragam hijau. Mereka ini rupa-rupanya sedang menunggu giliran ditemuduga untuk menjadi kakitangan Pertahanan Awam. Temuduga itu diadakan di Pejabat Persekutuan berhampiran. Mereka datang dari seluruh Sabah, ada dari Lahad Datu, dari Beaufort dll. Ada juga tiga orang wanita di antara yang ramai-ramai itu. Aku bertanyakan salah seorang calon yang sedang menunggu giliran ditemuduga kalau mereka ini serupa 'Rela'. Mereka kata mereka ini adalah seperti askar simpanan. Aku kagum dengan semangat tiga orang wanita yang turut serta dalam temuduga tadi.

Wednesday, February 17, 2010

DI LORONG PEJALAN KAKI BELAKANG MARINA PT.3

Selesai berurut kaki di Warisan Square, kami meneruskan perjalanan seperti yang mula-mula dirancang iaitu ke PASAR. Tiba di Pasar, aku melihat banyak ikan puteh segar. Teringat pula aku akan berita yang baru tersiar di TV kelamarin dimana ada beberapa orang nelayan asing, ditangkap oleh pihak 'Maritime' kerana MEMBOM IKAN.

'Eeeeh macam kah pula rasa ikan yang kena bom ni?' Was-was pula mau membeli ikan, tapi segar betul bah nampaknya ikan puteh tu, inda sampai ati ku inda membeli. Fikir punya fikir aku pun beli beberapa ekor ikan puteh, ikan entah apalah namanya tu warna merah selalu dibakar dan sedikit udang. Pernah bah aku terbeli ikan tenggiri - aku buang saja. Rasanya pait, ish ada juga ku dengar, ikan kunu disimpan pengawet mayat - bayangkan, terutama sekali ikan besar-besar. Alala mau beli ikan kecil-kecil lah ini.

Tuesday, February 16, 2010

LORONG PEJALAN KAKI BELAKANG MARINA PT.2

Aku sambung lagi cerita aku berjalan kaki di Lorong Pejalan Kaki di belakang Marina Court. Seronok pulak berjalan kaki sekali sekala. Tiba di kawasan Warisan Plaza kami diberikan 'fliers' oleh dua orang lelaki. Mereka mempelawa kami membuat urutan di kedai mereka. Biasanya kami membuat urutan kaki, foot scrub dan 'facial' di Christ Reflexology di Center Point.

Kami ke Centre Point, tetapi kedai yang biasa kami langgan itu tutup sempena Tahun Baru Cina. Malam itu mereka akan Makan Besar bersama Keluarga. Sudah banyak kedai yang ditutup. Sedang kami berjalan menuju pintu untuk keluar, tiba-tiba hubbyku ternampak 'coklet' berbentuk telur ayam.

Katanya, 'cucu kita suka ni!'. Kamipun singgah membeli 'coklet'. Lepas itu kami bersama-sama orang ramai berpusu-pusu menuju ke pintu keluar. Adakah patut pintu sudah pula di kunci sedangkan orang masih ramai didalam gedung. Ketua 'security', mungkinlah, pun merungut. "Aku sudah kasi tau City Parade, jangan tutup ni pintu, kenapa lagi ditutup", lalu dia memanggil sesaorang melalui 'walkie talkienya' dengan marah memberi arahan untuk membuka pintu. Aku yang berada bersama-sama kelompok orang ramai yang terperangkap dalam Centre Point pun menyampuk. "Ngam". Apa lagi suaranya pun bertambah kuat memarahi entah siapa, mungkin juga orang yang bertanggungjawab menutup dan membuka pintu tersebut. Hubbyku pula menambah, ' mau escape bah itu' katanya.

Akhirnya pintu dibuka dan kami pun keluar dan terus ke kedai di Warisan Plaza untuk membuat urutan kaki. Aduiii, punyalah kuat bah sakit sudah kakiku ini.

Sunday, February 14, 2010

LORONG PEJALAN KAKI BELAKANG MARINA

Kemarin petang aku ke Aeza Cafe. Disinilah tempat aku selalu lepak bila rasa bosan. Si Faiz pun suka kesini - sebab disebelahnya ada 'kedai internet'. Order nasi goreng, pisang goreng, teh O ais, Kopi O ais, sambil makan minum sembang-sembang dengan adekku dan suaminya.

Adekku, yang empunya restoran, sebok membuat kira-kira, sambil juga sekali-sekala menyampuk cerita kami yang berkisar dari satu topik ke satu topik, sekejap mengenai telatah anak-anak kami, sekejap tentang karnival sukan bola sepak UMNO Sepanggar yang berlangsung di UMS petang kemarin, sekejap tentang betapa teruknya jalan antara Kota Belud dengan Kota Marudu/Kudat, apabila melihat gambar highway di Semenanjung yang terpampang di kaca TV.

Aku kagum melihat adekku yang menulis butir-butir transeksi kedalam lejer, sambil sekejap-sekejap, berhenti kerana mempastikan pelanggannya diberi layanan segera oleh pembantu-pembantu kedainya, langsung tidak menganggu kerjanya menulis lejer. Aku pula bila membuat kira-kira terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya, jika diganggu maka silaplah jawabnya. Memang dia berjaya 'multi-tasking'.

Setelah sekian lamanya kami duduk dikedai kopi, sambil menunggu Faiz yang bersama-sama Parol dan Daniel bermain 'computer game' di kedai sebelah, aku mengajak hubby ku ke pasar.
'Bah, kita jalan kaki saja' katanya. Aku tahu dia secara tidak langsung mahu aku 'exercise'.

Kami mengikuti lorong pejalan kaki dibelakang Marina Court. Ramai pula orang menggunakan lorong ini. Aku ternampak seorang budak remaja lelaki kudung kaki sebelah berjalan bersama kawan2 ataupun saudara mara entahlah akupun kurang pasti. Dalam hatiku membuat andaian 'tentu dia kemalangan dijalan raya' - macam anak kawanku yang terjatuh dari motosikal lalu kakinya cedera dan hingga hari ini dia berjalan tempang.

'Ramai sudah urang bejalan disini sejak bas stop dipindah', kata hubbyku. 'Dulu disini sunyi', tambahnya lagi. Ada baiknya juga pula bas stop dipindah ke tempat baru berhampiran Wawasan Plaza itu. Selain mengurangkan kesesakan di bandar, ia menggalakkan orang berjalan kaki. Ini sudah tentu akan secara tidak langsung menjadikan warga kota sehat.

Tuesday, February 9, 2010

NAK KAWEN KE TAK?

He he aku mau cerita lagi pasal aku masuk wad separa kecemasan pada Jumaat (5 Feb) yang lalu. Setelah diberi 'drip' dua botol dan makan ubat aku rasa oklah sikit. Tinggal lagi kepala pening seperti orang demam. Pening tahap ni aku boleh tahan. Biasalah tu.

Aku jenis yang suka berbual maka aku pun menegur kawan disebelah kiriku yang patah kaki. Dia pun sudah tidak lagi melolong menangis kesakitan sebab sudah diberi ubat penahan sakit. Kawan disebelah kananku seorang perempuan Bugis separuh umur yang sakit gastrik teruk tu pun menegur budak Cina disebelah kiriku itu, bertanyakan kalau diakah tadi yang menangis dengan kuatnya. Jawab budak Cina tu dialah sebab sakit sangat dia tak dapat mengelak daripada menangis dan melolong.

Aku bertanya kalau-kalau dia kemalangan jalan raya hingga patah kaki. Katanya dia terjatuh tangga sebab tergesa-gesa hendak ke kelas. 'Kempunan kali' bilangnya lagi.

"Di UMS ?" aku menduga. Memandangkan kelihatannya umurnya seperti seorang budak yang sedang belajar di IPT. Katanya bukan, dia belajar menggunting rambut di salon di Kepayan Ridge.

Dia nampak begitu gelisah sekali. Dia pun sungguh peramah. Katanya dia menjaga ibunya yang berumur 80 tahun tetapi dia ada juga pembantu. Besok (Sabtu) katanya anaknya yang sulung ada ada kelas ganti cuti. Dia risau sebab tiada yang akan menghantarnya kesekolah. Aku pun mencadangkan kalau-kalau adek beradiknya boleh membantu. Menurutnya, Abangnya sebok, kakaknya pun ada anak sendiri yang mahu dihantar dan ambil dari sekolah.

'Oh, bapa anak-anak kau, 'outstation'?' lagi aku menduga. Jawabnya, 'Aku tidak kahwin.' Tersentak aku mendengar, ingatkan dia balu atau telah bercerai dengan suaminya. Melihatku yang agak terkejut dia menambah lagi.

Menurutnya keluarganya tidak merestui hubungannya dengan bapa kepada anak-anaknya kerana tidak percaya lelaki itu boleh menjaga dia dan anak-anak. Lalu mereka tinggal bersama tanpa mendaftar perkahwinan mereka.

Sekarang lelaki itu telah meninggalkannya. Dia bersyukur kerana tidak berkahwin secara sah, sebab kalau dia berkahwin sudah tentu dia ada masaalah untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Kerana dia tidak berkahwin, menurutnya lagi maka 'suaminya' tidak ada hak keatas anak-anaknya.

Teruk sangatkah lelaki sekarng?

Monday, February 8, 2010

PENING-PENING

Sejak akhir-akhir ini aku rasa tidak sedap badan - rasa pening-pening. Suatu pagi aku bangun dari tidur terus pening yang amat sangat, rasanya kepalaku macam hendak pecah, rumah rasa berpusing-pusing, lantai rasa tidak terpijak. Aduh pening hingga aku termuntah-muntah.

Aku cuba menahan kesakitan walau terpaksa merangkak ke bilek air. Aku terfikir beginikah rasanya seorang penagih yang kemaruk dadah? Atau seorang kaki minum arak yang mengalami 'hangover'? Entahlah.

Aku adalah pengidap tekanan darah tinggi dan kencing manis. Aku kononnya memandai-mandai mengurangkan dosage ubat yang diberikan kepadaku. Mungkinkah inilah kesannya. Aku akhirnya terpaksa ditahan di wad separa kecemasan. Ramai juga pesakit yang ditahan di wad ini. Ada yang patah kaki, ada yang gastrik tahap teruk dan yang lain-lain lagi terlantar di atas katil. Aduh aku rasa sangat tidak produktif.

Friday, January 29, 2010

AIR MATAKU BERLINANGAN

Air mataku berlinangan
Melihat mu walau kau tersenyum
Aku tahu betapa perit penderitaanmu

Air mataku tergenang
Walau kau rancak bercerita dan bersenda gurau
Aku tahu betapa kau terseksa

Kerana dalamnya kasih sayangmu
Kau sanggup berpura-pura ceria
Pada hal aku tahu kau sembunyikan dukamu

Sakit yang tidak dipinta
Entah kenapa menumpang pada jasadmu
Jasad seksa, hati meronta

Namun kau tetap tabah
Senyum terukir, gelak dan tawa
Semoga Allah swt memberi penawar
Penyembuh sakit, jasad dan jiwa
Semoga kau terus segar dan bugar
Wahai adekku yang tercinta
Itulah doa dan pinta ku ya Allah
Sembuhkanlah dia seperti sediakala

Tuesday, January 26, 2010

Decision - Making Decision

Setiap hari kita membuat keputusan sama ada kita sedar atau tidak. Kadangkala keputusan yang kita buat merugikan atau mengecewakan kita dan kadangkala ia merupakan sesuatu yang kita inginkan.

Keputusan mungkin sesuatu yang mempunyai impak yang sangat besar terhadap diri kita dan masyarakat disekeliling kita dan ada kalanya keputusan itu hanyalah yang berkisar kepada diri kita sahaja.

I had been employed in various positions in Government Services. Throughout my working life I had to make decision with regard to work. As a subordinate answering to a superior there were times when my stand was unagreeable to my surperior. However, knowing that my decision was based on my belief that it was the best for the company, I have no regret.

Sometimes our decision is fatal - like choosing which coloured wire to cut, the red or the blue that would stop a ticking bomb from exploding. Still one cannot stop still, we have to decide to take action or not to take action. And yet what will happend will happend. I had once asked a very successful businessmen his secret to his success and the answer he gave me was 'gut fealings and a little bit of luck'.
What kind of an answer is that. Other Gurus said, weigh the pros and cons. Think of the consequences. I, being a diehard romantik, would follow my heart.

Friday, January 15, 2010

PINDAH KE PEJABAT BARU


Hari rABU (13 jAN 2010)yang lalu aku pergi ke Pejabat anak perempuanku. Ku lihat notis di jendela pejabat (notis board) notis pejabatnya akan berpindah ke tempat baru di KKIP bermula pada hari ini.

Sebelum ke pejabatnya aku singgah pula di pejabat anak lelakiku - kotak-kotak tersusun disana sini. Dia juga akan berpindah pejabat baru di Kolombong. Dia dilantik sebagai Ketua Bahagian Operasi. Aku rasa-rasa mahu menolong dimana yang patut - misalnya tolong melaksanakan sistem FIFO di stornya?(Aku pun nda pernah kesana - mungkin sudah juga dilaksanakan) atau buatkan 'Perancangan Strategik' untuk operasi - terutama dibidang kewangan ?

Tetapi, aku tahu mereka juga hendakkan kebebasan bertindak. I have no bussiness minding their business - Sudah tiba masanya mereka diberikan kebebasan. A mum like me must know when to let go. Muda2han segalanya berjalan lancar dan perniagaan berjaya dan beroleh untung dan diberkati Allah swt - InsyAllah

I suppose they must DO what they have to do - like the saying goes ' Its not the mistakes that u would regret most but what u did not do that will haunt u most.'

Thursday, January 14, 2010

KEDAI KEK

Eeeee aku rasa macam mau pula makan kek. Aku pun pigilah kedai di Jalan Lintas dan masuk satu kedai kek. Di dinding hadapan kedai terlekat iklan - untuk disewa. Aku masuk dan melihat-lihat - nda banyak kek yang dijual disitu.

Dalam hati ku - entah2 kedai ni mau ditutup. Sayang, cantek kawasan kedai ni di 'kona'(sudut tepi) dihiasi dengan landscape yang cantek.

Terlanjur sudah masuk kedai aku membeli dua potong kek dan terus pergi ke kaunter bayaran. Alamak, nda ada pula duit kecil - Aku pun hulur RM50.00 pada 'juruwangnya'.
"Nda da duit kecik kak - ada RM20.00 je dalam 'cash register' katanya.

'Ala - nanti kak minta sama anak kakak' (sedang menunggu di kereta) Aku menghulurkan wang kertas dan beberapa sylling berjumlah RM3.50. "Kedai ni mau ditutup kah?" aku bertanya pada 'cashier" tu. Dia menjawab 'ia' kedai ni akan disewakan sebab kurang pelanggan dan dia pula akan mencari kerja lain - di Damai, Luyang.

Thursday, January 7, 2010

Engin Kapal Terbang Hilang?

Pagi-pagi lagi aku sudah siap untuk pergi ke Bandar. Sarapan di Aieza Cafe. Sambil sarapan tengok TV. Terpampang diskrin TV Dato' Zahid Hamidi sedang ditemuramah mengenai kehilangan? penjualan? engin kapal terbang yang sedang hangat dibicarakan.

Seperti biasa dialog di kedai kopi - ada yang bilang tidak masuk akal orang bawah saja terlibat. Mana mungkin tiada pegawai atasan yang terlibat - ini soal engin kapal terbang bukan benda kecil seperti tayar ke minyak pelincir ke ...........

Yang penting sambut seorang lagi 'siapa yang dapat bayarannya itulah yang punya angkara' - mesti ada pemindahan wang yang terlibat. Ada yang berpendapat ada pihak yang nda dapat bagiannya sebab tulah hal ni terdedah.

Cerita kedai kopi ......cerita kedai kopi, tiada hakim, tiada saksi, cerita sensasi di kedai kopi.....huuuu
Siap sarapan aku ke bank. Tahun baru orang pun ramai berurusan. Aku duduk sambil menunggu giliran untuk berurusan - cheh! adakah patut orang yang duduk disebelahku tu kakinya bergegar terus - kerusi tu kan bersambung, apa lagi aku pun tergegar samalah. Ewaaaah ni boleh bikin cair aku punya lemak - pindah pindah pindah .....

Tuesday, January 5, 2010

Pemeriksaan Kesihatan

Tadi pagi aku ke Hospital Luyang untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Wahduh panasnya hari ni - tapi itu bukan ceritanya. Yang membuat ku stress ialah apabila tiba di Bilek Pemeriksaan Jantung - sudahlah bilek tu sempit, penghawa dinginnya macam nda berfungsi saja bah. PANAS PANAS panas - Jururawat yang bertugas bilang sudah lama betul penghawa dingin di bilek tu tidak di 'service' - kononnya tiada budget.

Harap2 ini bukan melambangkan hospital kerajaan. Sudahlah hampir kesemua pesakit yang memerlukan kemudahan disini terdiri daripada golongan warga emas. Mana sudah slogan 'Rakyat di dahulukan'

Monday, January 4, 2010

First Day at School

Faiz awal-awal lagi sudah bangun. Daddynya paling sebok, menyediakan pakaian dan kelengkapan sekolahnya. Aku relak je paling2 simpulkan talilehernya.

Wah teruja betul Faiz nampaknya. Daddy si Faiz balik-balik pula mengeluh fasal 'parking'. Kedudukan Maktab Sabah ini memang kurang tempat letak kereta. ditambah lagi terdapat pejabat-pejabat kerajaan disekitarnya - wooooh memang teruklah.

Nda sabar pula aku mendengar kisah pengalaman Faiz di hari pertama Sekolah Menengah.

Saturday, January 2, 2010

Gunting Rambut di Kedai Apek

Hari ini - aku bawa anak bergunting rambut di kedai Apek. Sepanjang masa cuti dia nda mau digunting rambutnya - tapi besok sekolah sudah hendak mula = kenalah gunting juga. He he he baru tau ko Faiz.

Wah ramainya ibu bapa membawa anak-anak begunting - entah-entah anak-anak diaurang pun nda mau begunting semasa cuti sekolah - ambil chan panjang rambutlah konon he he he. Alang2 botak lagi bagus he he he

Friday, January 1, 2010

SELAMAT Menyambut Tahun 2010

1 Januari 2010 - bermula hari ini. Tahun Baru kali ini bermula dengan Gerhana Bulan Separuh. Semoga tahun ini akan membawa berkat dan kejayaan kepada kita semua dan lebih baik dari pada tahun yang telah berlalu 2009.


Tahun 2009 bagiku : Kesihatan - kurang memuaskan

Rumahtangga - Bahagia

Anak-anak - Menggembirakan

Adek beradik, ipar duai - Baik baik belaka

Fardu Kifayah - dilantik sebagai ahli MPWS

Kewangan - Alhamdullilah (aku punya citarasa yang sederhana)

Ibadah - baik, boleh dipertingkatkan


He he he nampaknya yang mendesak untuk diperbaiki dalam tahun 2010

- Kesihatan - Tindakan yang perlu : Exercise dan jaga pemakanan

- Ibadah - tingkatkan amalan

- Fardu Kifayah - membantu dimana terdaya - principku keluarga didahulukan, disini perlu ada kemampuan kewangan yang kukuh untuk membantu. Menurut pakar perancang strategik sesuatu matlamat perlu boleh diukur, mempunyai jangka masa untuk dicapai dan tindakan strategik yang konkrit - tapi bagiku biarlah rahsia he he he.

Sudahkah anda membuat 'post mortem' tahun 2009 dan merancang untuk tindakan bagi tahun 2010?


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

SEMOGA LEBIH BERJAYA DAN BERMAKNA