Tuesday, February 16, 2010

LORONG PEJALAN KAKI BELAKANG MARINA PT.2

Aku sambung lagi cerita aku berjalan kaki di Lorong Pejalan Kaki di belakang Marina Court. Seronok pulak berjalan kaki sekali sekala. Tiba di kawasan Warisan Plaza kami diberikan 'fliers' oleh dua orang lelaki. Mereka mempelawa kami membuat urutan di kedai mereka. Biasanya kami membuat urutan kaki, foot scrub dan 'facial' di Christ Reflexology di Center Point.

Kami ke Centre Point, tetapi kedai yang biasa kami langgan itu tutup sempena Tahun Baru Cina. Malam itu mereka akan Makan Besar bersama Keluarga. Sudah banyak kedai yang ditutup. Sedang kami berjalan menuju pintu untuk keluar, tiba-tiba hubbyku ternampak 'coklet' berbentuk telur ayam.

Katanya, 'cucu kita suka ni!'. Kamipun singgah membeli 'coklet'. Lepas itu kami bersama-sama orang ramai berpusu-pusu menuju ke pintu keluar. Adakah patut pintu sudah pula di kunci sedangkan orang masih ramai didalam gedung. Ketua 'security', mungkinlah, pun merungut. "Aku sudah kasi tau City Parade, jangan tutup ni pintu, kenapa lagi ditutup", lalu dia memanggil sesaorang melalui 'walkie talkienya' dengan marah memberi arahan untuk membuka pintu. Aku yang berada bersama-sama kelompok orang ramai yang terperangkap dalam Centre Point pun menyampuk. "Ngam". Apa lagi suaranya pun bertambah kuat memarahi entah siapa, mungkin juga orang yang bertanggungjawab menutup dan membuka pintu tersebut. Hubbyku pula menambah, ' mau escape bah itu' katanya.

Akhirnya pintu dibuka dan kami pun keluar dan terus ke kedai di Warisan Plaza untuk membuat urutan kaki. Aduiii, punyalah kuat bah sakit sudah kakiku ini.

No comments:

Post a Comment