Wednesday, December 30, 2009

Siapa Kata Duit Tak Penting

Tadi pagi aku berjumpa kawanku seorang Penerima Pencen Terbitan (Seorang yang menerima pencen suami atau isteri atau bapa atau ibu, yang sudah meninggal dunia). Katanya dia baru saja balik dari sebuah bank. ' Aku mau ambil loan bah tapi nda buli' katannya.
Aku pun bilang :"Apakan lagi 'loan' aku bah mau mengambil 'credit card' pun nda dapat, sampai ku bilang sama pegawai di bank tu, kenapa? ko takut aku mati kah?" Aku ni lebihkurang sama dengan kawanku itu seorang Pesara Kerajaan cumanya aku bukan Penerima Pencen Terbitan.
"Itulah, kankah ada Insuran Takaful, yang boleh melangsaikan hutang, kalau kita mati' kata kawanku lagi.
"Tapi kan sekarang ni sudah ada keputusan 'pesara' boleh mengambil loan" aku menjelaskan pada kawanku tadi. Tapi kawanku memberitahu ku seorang pesara layak mendapat pinjaman bank bukan penerima Pencen Terbitan. "Bikin apamu juga loan" ku bilang.
Rupanya kawanku ini mahu menjelaskan hutang anaknya pada Ah Long. Menurutnya dia sekarang ni terpaksa membayar RM800.00 sebulan pada Ah Long, itu pun bunganya saja belum lagi pokoknya. Itulah katanya dia mahu meminjam di Bank sebanyak RM10,000/- untuk melangsaikan hutang pada Ah Long. Menurutnya lagi dia sanggup membayar RM1,000/- kepada bank setiap bulan sekiranya dia dibenarkan mendapat pinjaman tersebut. Sememangnya dia berkemampuan membayar sedemikian kerana pencennya sebulan ialah RM3,700.00. Kesian kan kawanku ini.