Monday, May 31, 2010

Orang Susah

Perempuan betitik dalam Majlis Kahwin di Kota Belud

Pagi tadi (Ahad 30 Mei 2020) aku pigi Kudat untuk menghadiri majlis kahwin anak saudaraku di Rest House Kudat. Cantek Rest House Kudat ni, tapi sayang agak terbiar. Rumput dilaman panjang dan tandasnya rosak dan kotor. Tempat ini jika diselenggara dan diurus dengan baik sudah tentu boleh dijadikan tempat penginapan yang selesa.

Selepas upacara memotong kek, aku bersama suami pergi ke Kota Marudu untuk mencari sayur-sayuran kampung. Sayangnya tamu sudah pun berakhir. Yang menyedihkan tempat kawasan 'Tamu" ni kotor, sampah dan plastik berserakan ditambah dengan lopak-lopak air yang menjijikkan. Sedih aku melihat keadaan disitu.

Di padang sedang berlangsung perlawanan bola sepak. Menurut adekku yang menetap di Pekan ini, itu adalah acara 'Juara Rakyat'. Kenapa tidak adakan gotong royong membersihkan kawasan Pekan, sebagai salah satu acara 'Juara Rakyat?'

Dalam perjalanan pulang kami singgah di R&R dekat Langkon. Sayang tempat ini pun terbiar dan tidak berpenghuni. Alangkah ruginya wang yang banyak dibelanjakan untuk menyediakan tempat ini tetapi ternyata tidak memberi faedah kepada penduduk setempat. Inilah yang terjadi jika kita memberikan apa yang kita fikir diperlukan dan bukannya bertanyakan penduduk/rakyat dan memberikan apa yang mereka mahukan.

3 comments:

  1. Pembetulan...itu bukan Juara Rakyat tapi Juara Tembirang kasi buduh rakyat.

    R&R Langkon insya Allah akan dibuka dalam waktu terdekat ini.

    ReplyDelete
  2. Budu2 bah program diurang ni - kan bagus juara rakyat gotong royong kasi baik rumah urang susah kah atau bikin perigi untuk urang kampung yang tiada bekalan air paip macam di Tingkalanon tu.

    ReplyDelete
  3. betul tu selalu pemimpin anggap dia tau apa yang rakyat mau, patut turun padang dan tengok keadaan dan buat soal jawab dengan penduduk barulah betul...

    ReplyDelete