Saturday, March 27, 2010

Meeting meeting meeting

Kemarin aku meeting. Meeting, meeting, meeting. Meeting ni bukannya perkara baru padaku. Sejak aku mula melangkahkan kaki ke alam pekerjaan aku sudah didedahkan kepada meeting yang rasmi. Malahan aku adalah salah seorang pencacat verbatim semasa Persidangan Agung USNO yang pertama yang diadakan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu bersama beberapa orang rakan yang lain, semuanya kakitangan Kerajaan pada masa itu. Dahulu kami hanyalah menggunakan mesin taip 'manual' untuk menterjemah cacatan yang kami ambil menggunakan terengkas. Kami digilir-gilir untuk membuat cacatan dengan diketuai oleh seorang penyelaras. Kami diberikan masa 5 minit untuk mencacat proceeding mesyuarat dan digantikan pula oleh seorang pencacat lain yang juga akan diberikan masa 5 minit untuk membuat cacatan sementara aku menterjemahkan cacatanku dengan menaipnya di atas kertas 'foolscap'. Begitu juga kawan yang telah menggantikan tempatku tadi akan digantikan pula oleh pencacat lain yang juga diberikan masa 5 minit untuk mencacat proceeding. Sebaik saja hampir habis tempoh 5 minit yang diperuntukkan kepadanya seorang pencacat lain akan masuk pula untuk menggantikan tempatnya sementara dia pula akan membuat terjemahan cacatannya juga menggunakan mesin taip manual. Dulu2 tiada komputer atau mesin taip letrik. Semua cacatan akan diberikan kepada ketua penyelaras untuk semakan. Begitulah keadaannya bergilir-gilir.

Tetapi meeting kemarin berlainan pula keadaannya. Begitu santai. Sebelum mesyuarat dimulakan kami menjamu selera dahulu. Maklumlah ini mesyuarat 'Badan Sukarela'. Ahli-ahlinya pun buat kerja 'sukarela'. Lepas makan mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi. Seterusnya menerangkan tujuan mesyuarat diadakan. Lepas itu semua orang bercakap sesuka hati tanpa ada etika menunggu giliran sehinggakan kita sudah tidak tahu apa yang dicakapkan. Al-maklum semua orang bercakap serentak. Tiba masa membuat keputusan adalah yang tidak tahu apa keputusan yang diambil memandangkan tidak dapat mendengar apa yang dibincangkan. He he he inilah meeting yang biasa aku hadiri sejak-sejak aku sudah bersara dari jawatan Kerajaan dan bergiat aktif dalam 'Badan Sukarela'.


No comments:

Post a Comment