Sunday, February 14, 2010

LORONG PEJALAN KAKI BELAKANG MARINA

Kemarin petang aku ke Aeza Cafe. Disinilah tempat aku selalu lepak bila rasa bosan. Si Faiz pun suka kesini - sebab disebelahnya ada 'kedai internet'. Order nasi goreng, pisang goreng, teh O ais, Kopi O ais, sambil makan minum sembang-sembang dengan adekku dan suaminya.

Adekku, yang empunya restoran, sebok membuat kira-kira, sambil juga sekali-sekala menyampuk cerita kami yang berkisar dari satu topik ke satu topik, sekejap mengenai telatah anak-anak kami, sekejap tentang karnival sukan bola sepak UMNO Sepanggar yang berlangsung di UMS petang kemarin, sekejap tentang betapa teruknya jalan antara Kota Belud dengan Kota Marudu/Kudat, apabila melihat gambar highway di Semenanjung yang terpampang di kaca TV.

Aku kagum melihat adekku yang menulis butir-butir transeksi kedalam lejer, sambil sekejap-sekejap, berhenti kerana mempastikan pelanggannya diberi layanan segera oleh pembantu-pembantu kedainya, langsung tidak menganggu kerjanya menulis lejer. Aku pula bila membuat kira-kira terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya, jika diganggu maka silaplah jawabnya. Memang dia berjaya 'multi-tasking'.

Setelah sekian lamanya kami duduk dikedai kopi, sambil menunggu Faiz yang bersama-sama Parol dan Daniel bermain 'computer game' di kedai sebelah, aku mengajak hubby ku ke pasar.
'Bah, kita jalan kaki saja' katanya. Aku tahu dia secara tidak langsung mahu aku 'exercise'.

Kami mengikuti lorong pejalan kaki dibelakang Marina Court. Ramai pula orang menggunakan lorong ini. Aku ternampak seorang budak remaja lelaki kudung kaki sebelah berjalan bersama kawan2 ataupun saudara mara entahlah akupun kurang pasti. Dalam hatiku membuat andaian 'tentu dia kemalangan dijalan raya' - macam anak kawanku yang terjatuh dari motosikal lalu kakinya cedera dan hingga hari ini dia berjalan tempang.

'Ramai sudah urang bejalan disini sejak bas stop dipindah', kata hubbyku. 'Dulu disini sunyi', tambahnya lagi. Ada baiknya juga pula bas stop dipindah ke tempat baru berhampiran Wawasan Plaza itu. Selain mengurangkan kesesakan di bandar, ia menggalakkan orang berjalan kaki. Ini sudah tentu akan secara tidak langsung menjadikan warga kota sehat.

No comments:

Post a Comment