Wednesday, March 10, 2010

I AM KEE

PENGENALAN

HAJI KEE ABDUL JALIL BIN KEE ABDULLAH

Haji Kee Abdul Jalil bin Kee Abdullah telah dilahirkan pada 23 Oktober 1919. Dia merupakan anak lelaki bongsu kepada Kee Kim Swee @ Abdullah bin Abdullah. Kee Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di Government Primary School Tawau pada 1hb Januari 1928-13hb Februari 1929 dan berpindah ke Roman Catholic Mission School Tawau pada 15hb Februari 1929 – 31hb Disember 1931. Bermula pada 2hb Januari 1932 hingga 31 Disember 1936, Kee Abdul Jalil melanjutkan pelajaran di Government Vernacular School Tawau.

Kee Abdul Jalil mula bekerja sebagai Guru Penolong di GPS (Government Primary School) Tawau pada 2hb Januari 1937 dan ditukarkan ke Sandakan pada 7hb Julai 1938. Dua (2) tahun kemudian beliau dilantik menjadi Guru Besar di GPS Tandek pada 18hb Julai 1940. Ketika di Tandek Kee Abdul Jalil telah bertemu dengan isteri beliau Ondiun @ Fatimah binti Unggut dan bernikah pada 18hb Jun 1946 di Tandek. Ondiun @ Fatimah dilahirkan pada 2hb November 1929 dan meninggal dunia pada 18hb September 1994.

Pada 16hb April 1952 Kee Abdul Jalil telah mengikuti kursus lanjutan perguruan di Kent College yang berpusat di Menggatal. Setelah tamat latihan beliau kembali semula bertugas sebagai Guru Besar di GPS Tandek pada 2hb Jun 1953.

Pada 27hb April 1959 Kee Abdul Jalil telah ditugaskan sebagai Guru Besar di GPS Kalagan dan kemudiannya di tukarkan ke Semporna sebagai Guru Besar GPS Semporna pada 5hb Jun 1960.

Beliau ditukarkan ke GPS Bandau pada 2hb Jan 1962 sebagai Guru Besar. Disamping itu beliau juga ditugaskan mengajar Bahasa Inggeris di GPS Tandek bermula pada 12hb Januari 1965. Ini bermakna beliau terpaksa memikul dua tugas di dua sekolah berasingan dalam satu masa.

Pada 21 Oktober 1966, Kee Abdul Jalil telah dihantar berkursus dalam MORDEN ENGLISH AND PRACTICAL ENGLISH, organized by Technical Education Division, Education Dept. of Western Australia di University of New South Wales, Sydney, Australia, hingga 15hb Februari 1967.

Setelah tamat latihan di Australia Kee Abdul Jalil kembali ditugaskan sebagai Guru Besar di SRK (Sekolah Rendah Kerajaan) Tandek sehingga beliau bersara pada 23hb Oktober 1974. Kee Abdul Jalil meninggal dunia pada 26hb Disember 1990.

Hasil perkongsian hidup dengan isterinya Ondiun @ Fatimah binti Unggut, seorang gadis Dusun Kimaragang @ Nunuk Ragang maka mereka dikurniakan 14 orang anak.

1. KEE NORLIA – Lahir pada 18hb Jun 1947. Hari Rabu Jam 6.00 pagi di Tandek. Tarikh tercatat dalam surat beranak 8hb Julai 1947.

2. KEE ISMAIL – Lahir pada 5hb Oktober 1948. Hari Selasa Jam 2.00 petang di Tandek. Nama yang dicatat oleh Kee Abdul Jalil ialah Mohd. Ismail.

3. KEE ZAINAL ABIDIN – Lahir pada 23 Mei 1951 bersamaan 17hb Syaaban, malam Rabu di Tandek.

4. KEE RAFEAH – Lahir pada 3hb Ogos 1954 bersamaan dengan 4hb Zulhijjah 1373H. Hari Selasa jam 2.00 petang di Tandek. Nama yang dicatit oleh Kee Abdul Jalil ialah Siti Rafi”ah.

5. KEE MOHAMMAD MAIDIN – Lahir pada 13hb April 1956 bersamaan dengan 2hb Ramadhan 1375H jam 2.00 pagi di Tandek.

6. KEE RUHAYA – Lahir pada 7hb Ogos 1958 bersamaan dengan 21 Muharram 1378H. Hari Khamis jam 1.00 tengah hari di Tandek.

7. KEE MOHD. NORDIN – Lahir pada 9hb Disember 1959. Suboh, Hari Rabu di Tandek. Tarikh tercatat dalam Surat Beranak 19hb Disember 1959.

8. KEE ROSHIDAH - Lahir pada 12hb September 1962 bersamaan dengan 13 Rabiul Akhir 1382H. Hari Rabu jam 12.00 tengahari di Bandau.

9. KEE DZULKIFLY – Lahir pada 21 Februari 1965 bersamaan dengan 19 Syawal 1384H. Hari Ahad jam 10.45 pagi di Tandek.

10. KEE SABTURIAH – Lahir pada 23hb Julai 1966 jam 5.18 petang. Hari Sabtu di Tandek. Meninggal dunia pada 27hb Jun 1968 hampir jam 11.00 pagi, Hari Khamis bersamaan 1hb Rabiul Akhir 1388H. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Tandek. Usianya 1 tahun 11 bulan 4 hari.

11. KEE ROSLEE - Lahir pada 18hb September 1968. Malam Hari Isnin jam 1.15 pagi di Tandek.

12. KEE SABARIAH – Lahir pada 23hb November 1969 bersamaan dengan 14hb Ramadhan 1389H jam 8.05 malam di Tandek.

13. KEE AIDA NURAINI – Lahir pada 6hb November 1972 bersamaan 29hb Ramadhan 1392H jam 12.30 malam Hari Isnin di Tandek.

14. KEE SALMIAH – Lahir pada 22hb Disember 1976 bersamaan 1hb Muharram 1397H jam 3.00 pagi malam Rabu di Tandek.

Contributed by Kee Roshidah Hj Kee Abdul Jalil



No comments:

Post a Comment