Tuesday, February 9, 2010

NAK KAWEN KE TAK?

He he aku mau cerita lagi pasal aku masuk wad separa kecemasan pada Jumaat (5 Feb) yang lalu. Setelah diberi 'drip' dua botol dan makan ubat aku rasa oklah sikit. Tinggal lagi kepala pening seperti orang demam. Pening tahap ni aku boleh tahan. Biasalah tu.

Aku jenis yang suka berbual maka aku pun menegur kawan disebelah kiriku yang patah kaki. Dia pun sudah tidak lagi melolong menangis kesakitan sebab sudah diberi ubat penahan sakit. Kawan disebelah kananku seorang perempuan Bugis separuh umur yang sakit gastrik teruk tu pun menegur budak Cina disebelah kiriku itu, bertanyakan kalau diakah tadi yang menangis dengan kuatnya. Jawab budak Cina tu dialah sebab sakit sangat dia tak dapat mengelak daripada menangis dan melolong.

Aku bertanya kalau-kalau dia kemalangan jalan raya hingga patah kaki. Katanya dia terjatuh tangga sebab tergesa-gesa hendak ke kelas. 'Kempunan kali' bilangnya lagi.

"Di UMS ?" aku menduga. Memandangkan kelihatannya umurnya seperti seorang budak yang sedang belajar di IPT. Katanya bukan, dia belajar menggunting rambut di salon di Kepayan Ridge.

Dia nampak begitu gelisah sekali. Dia pun sungguh peramah. Katanya dia menjaga ibunya yang berumur 80 tahun tetapi dia ada juga pembantu. Besok (Sabtu) katanya anaknya yang sulung ada ada kelas ganti cuti. Dia risau sebab tiada yang akan menghantarnya kesekolah. Aku pun mencadangkan kalau-kalau adek beradiknya boleh membantu. Menurutnya, Abangnya sebok, kakaknya pun ada anak sendiri yang mahu dihantar dan ambil dari sekolah.

'Oh, bapa anak-anak kau, 'outstation'?' lagi aku menduga. Jawabnya, 'Aku tidak kahwin.' Tersentak aku mendengar, ingatkan dia balu atau telah bercerai dengan suaminya. Melihatku yang agak terkejut dia menambah lagi.

Menurutnya keluarganya tidak merestui hubungannya dengan bapa kepada anak-anaknya kerana tidak percaya lelaki itu boleh menjaga dia dan anak-anak. Lalu mereka tinggal bersama tanpa mendaftar perkahwinan mereka.

Sekarang lelaki itu telah meninggalkannya. Dia bersyukur kerana tidak berkahwin secara sah, sebab kalau dia berkahwin sudah tentu dia ada masaalah untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Kerana dia tidak berkahwin, menurutnya lagi maka 'suaminya' tidak ada hak keatas anak-anaknya.

Teruk sangatkah lelaki sekarng?

No comments:

Post a Comment