Tuesday, January 11, 2011

Tahun Baru 2011

Sudah 11 hari tahun 2011 berlalu. Tahun ni aku nda lagi membuat sebarang 'azam'. Azam tahun lalu mahu kurus pun masih kena 'carry forward' he he he.

Tahun 2010 - banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit. Adikku yang terpaksa menjalani 'open heart surgery' buat '5 by pass' sangat memberi tekanan kepada kami semua. Syukur Alhamdulillah dia selamat dan sudah pun beransur pulih. Adik seorang lagi juga mengalami masaalah jantung terpaksa makan ubat. Aku - biasalah sudah bertahun aku on 'doctor's observation' begitu juga adik perempuanku yang mengidap 'thyroid'. Anak buahku pula mengidap jantung berlubang. Anak buah seorang lagi tangan terpaksa disimen kerana kecederaan terseliuh. Aduhai. Muda2han tahun ini kami dikurniakan kesihatan yang lebih baik dan berkekalan.

Paling manis aku dapat seorang lagi cucu perempuan menjadikan 5 orang kesemuanya.

No comments:

Post a Comment