Monday, May 6, 2013

HUJAN OH HUJAN

NOTE: This was written in early 2012
Jalan Tandek (Lama) 1964 Ihsan Mr Temple Buzz Green

Di luar hujan turun dan turun lagi. Cuaca jadi sejuk menjadikan aku lembab. Lembab dan malas.
Tiada kerja selain menonton tv sepanjang hari. Aduhai..........apa nak jadi ni.

Semasa cuti Tahun Baru Cina aku balek kampung. Di beberapa tempat masih terdapat kesan banjir. Sedangkan ada beberapa tempat masih lagi ditenggelami air. Baru kali ini aku sampai Pitas. Walaupun Pitas ini hanya mengambil lebihkurang 40 minit perjalanan dari Kampung ku Tandek, namun aku tidak pernah ke Pekan Pitas. Paling jauh aku sampai di Kg. Luntug dirumah kediaman arwah atuk Unggut dan rumah arwah Pak Cik ku Fauzi Rahman @ Baudi Unggut ketika mereka berdua masih hidup. Bayangkan betapa lamanya sudah masa itu berlalu. Kami sempat juga singgah dirumah Pak Cik Juali, tetapi dia tiada dirumah kerana pergi mendapatkan rawatan. Sudah sebulan dia sakit lumpuh.

Sebelum itu aku dibawa oleh adekku dan suaminya melawat Simpang Mengayau oleh kerana adek bongsuku belum pernah kesana. Menurut iparku banyak orang luar negara mengunjungi Simpang Mengayau bukan kerana ia 'tip of Borneo' tetapi kerana ia adalah tercatat di peta dunia sebagai salah satu 'land mark' perhentian pelayar zaman dahulu sama seperti 'The cape of Good Hope'.

Sebelum balik kerumah, kami singgah di salah satu rumah panjang iaitu Rumah Panjang Rungus 'Bavang Gazo'. Sungguh menarik dan mengkagumkan. Rumah panjang ini adalah dipunyai oleh sebuah keluarga. Semua penyelenggaraannya diusahakan oleh keluarga ini dengan dibantu oleh jiran-jiran dan kawan-kawan mereka.

No comments:

Post a Comment